English translation not available for this content.

logo kpt black

SIARAN MEDIA

DR. SHAMSURI ABDULLAH DILANTIK KETUA PENGARAH JABATAN
PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI YANG BAHARU


Sukacita dimaklumkan bahawa Dr. Shamsuri Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang baharu berkuat kuasa 5 November 2025.

Dr. Shamsuri Abdullah, 57 tahun berkelulusan Sarjana Muda (BSc.) Ekonomi dan Ekonomi Perniagaan dari Hull University, United Kingdom dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah JPPKK, beliau telah menerajui Politeknik Ungku Omar (PUO) selaku Pengarah dan seterusnya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK.

Kementerian yakin dengan kepimpinan baharu di bawah Dr. Shamsuri Abdullah akan dapat terus memacu kecemerlangan politeknik dan kolej komuniti sebagai sebuah institusi peneraju TVET negara.

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari Ismail atas jasa dan khidmat bakti beliau menerajui JPPKK.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
5 NOVEMBER 2025

Muat Turun:

  pdf Siaran Media - Dr. Shamsuri Abdullah Dilantik Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Yang Baharu(128 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 1590
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 12 November 2025, 06:46:46.

sirim-logo