Keputusan Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2020/202

1. Sukacita dimaklumkan bahawa hebahan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda akan dibuat pada 03 Jun 2020 (Rabu) mulai jam 12.00 tengah hari melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0 dan juga melalui pautan berikut :
- http://jpt.umt.edu.my;
- http://jpt.ums.edu.my;
- https://jpt.unimas.my;
- https://jpt.utm.my; dan
- http://jpt.uum.edu.my
2. Sebanyak 205,972 permohonan bagi Lepasan SPM telah diterima dan calon-calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
3. Kementerian mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemohon yang berjaya menerima tawaran. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan.
4. Tarikh pendaftaran di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA adalah seperti di Lampiran 1.
5. Pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan seperti berikut:
bagi permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima (5) hari bekerja sahaja mulai 03 Jun 2020 hingga 10 Jun 2020, jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang.
bagi permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan.
6. Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.
7. Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan “Hotline” mulai 03 Jun hingga 10 Jun 2020 dari jam 08:30 pagi hingga 04:00 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.
8. Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan.
Sila hubungi alamat dan talian berikut untuk sebarang pertanyaan :
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 4, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62200 PUTRAJAYA
No. Tel : : 03-8870 8200
E-mel :
Mobile Apps : UPUPocket 2.0
Laman Sosial : Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Twitter : @TWT_UPU
Instagram : @KEMASUKANBPKP
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
30 Mei 2020
LAMPIRAN 1
SENARAI TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
KEMASUKAN KE 17 UNIVERSITI AWAM (UA), INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG), KOLEJ MATRIKULASI (KM), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2020/2021
BIL |
INSTITUSI |
PENDAFTARAN ASASI |
PENDAFTARAN DIPLOMA |
1. |
UPSI |
- |
9 Ogos 2020 |
2. |
UTHM |
- |
2 Ogos 2020 |
3. |
UTeM |
- |
9 Ogos 2020 |
4. |
UniSZA |
26 Julai 2020 |
9 Ogos 2020 |
5. |
UiTM |
29 Jun - 02 Julai 2020 |
4 Oktober 2020 |
6. |
UMT |
28 Jun 2020 |
28 Jun 2020 |
7. |
UMS |
13 Julai 2020 |
13 Julai 2020 |
8. |
UMP |
- |
25 Julai 2020 |
9. |
UKM |
20 Julai 2020 |
- |
10. |
UM |
27 Jun 2020 |
- |
11. |
UPM |
02 & 03 Ogos 2020 |
27 Julai 2020 |
12. |
USIM |
20 Julai 2020 |
- |
13. |
UniMAP |
- |
8 Ogos 2020 |
14. |
UUM |
18 Julai 2020 |
- |
15. |
UNIMAS |
20 Julai 2020 |
- |
16. |
UIAM |
02 & 03 Ogos 2020 |
- |
17. |
UPNM |
20 Julai 2020 |
20 Julai |
BIL |
INSTITUSI |
PENDAFTARAN |
18. |
KOLEJ MATRIKULASI |
3 Ogos 2020 |
---|---|---|
19. |
IPG |
01 September 2020 |
20. |
POLITEKNIK/ KOLEJ KOMUNITI |
27 Julai 2020 |
21. |
ILJTM |
Menunggu keputusan mesyuarat pengurusan tertinggi pada 4/6/2020 * |
22. |
BLKP |
5 Julai 2020* |
23. |
MARA |
25 Julai 2020 |
24. |
ILKBS |
4 Januari 2021 |
- Last updated on .
- Hits: 24193