English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

SUMBANGAN UBAT-UBATAN DAN KESIAPSIAGAAN SUKARELAWAN HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI UNTUK MISI GEMPA TURKIYE-SYRIA


  1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui tujuh (7) buah Hospital Pengajar Universiti (HPU) telah membuat sumbangan bekalan ubat-ubatan kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria hari ini.
  1. HPU yang terlibat adalah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) UIAM, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM, Hospital Pakar Kanak- Kanak (HPKK) UKM dan Hospital Pengajar UPM (HPUPM).
  1. Bekalan ubat-ubatan yang disumbangkan adalah berdasarkan senarai keperluan ubatan yang dipohon oleh Kerajaan Turkiye melalui Malaysian Medical Relief Society (MERCY) yang terdiri daripada 112 jenis ubat yang menelan kos sebanyak RM122,223.11 secara keseluruhannya. Serahan bekalan ubat-ubatan tersebut oleh HPU kepada MERCY Malaysia disaksikan YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
  1. Prof. Dr. Nazirah Binti Hasnan, Pengerusi Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia hadir mewakili HPU dan YBhg. Dato’ Dr Ahmad Faizal Bin Perdaus, Presiden MERCY Malaysia hadir mewakili MERCY Malaysia. Turut hadir, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Bin Jaafar, Ketua Setiausaha dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Bin Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.
  1. Dalam sesi pertemuan ringkas tersebut, pihak MERCY Malaysia telah memaklumkan berkenaan keadaan terkini di ground zero kedua-dua buah KPT melalui PPUM dan HCTM UKM telah menghantar tiga (3) orang pegawai perubatan bagi menyertai MERCY Malaysia dan kini berada di Turkiye/Syria.
  1. Selain sumbangan ubat-ubatan, KPT juga menggerakkan usaha untuk mengumpul sukarelawan daripada HPU yang terdiri daripada pegawai perubatan dan sukarelawan-sukarelawan Sehubungan itu, seramai 94 orang sukarelawan perubatan dan 232 orang sukarelawan bukan perubatan daripada HPU telah menawarkan diri mereka untuk menyertai misi kemanusiaan di Turkiye dan Syria.
  1. KPT akan terus bekerjasama dengan Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain untuk terus komited dalam menggerakkan usaha untuk menghulurkan bantuan kepada Turkiye dan Syria, sejajar dengan nilai keenam kerangka Malaysia MADANI iaitu nilai ‘Ihsan’ yang membawa makna peduli dan belas kasihan.
  1. KPT mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak sama ada Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, pihak swasta dan orang awam yang telah membantu menggerakkan usaha misi kemanusiaan ini sebagai satu pasukan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
20 FEBRUARI 2023

Muat Turun:

pdf Sukarelawan Hospital Pengajar Universiti Untuk Misi Gempa Turkiye-Syria (112 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 7761
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.