English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PERMOHONAN UPUONLINE® BAGI KEMASUKAN KE IPTA DAN ILKA SESI AKADEMIK 2024/2025


1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline® akan dibuka bermula 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024 bagi permohonan Fasa Pertama dan pada 29 April 2024 hingga 9 Jun 2024 bagi permohonan Fasa Kedua.

2. Permohonan terbuka untuk pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka untuk permohonan Fasa Kedua.

3. Pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran. Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.

4. Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 503 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,111 buah program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA

Kementerian Pendidikan Tinggi
28 FEBRUARI 2024

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Permohonan UPUOnline® Bagi Kemasukan Ke IPTA Dan ILKA Sesi Akademik 2024/2025 (41 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 63580
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 July 2024, 04:35:17.

sirim-logo