English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANJUTAN TARIKH PERMOHONAN UPUONLINE® BAGI
KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2026/2027 (KHAS UNTUK LEPASAN SPM SAHAJA)


Merujuk kepada kenyataan media rasmi oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bertarikh 9 Mac 2026 berkenaan pengumuman tarikh keputusan peperiksaan SPM tahun 2025, sukacita dimaklumkan bahawa tempoh permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2026/2027 bagi Fasa Permohonan Lepasan SPM melalui UPUOnline® yang telah dibuka pada 29 Januari 2026 lalu kini dilanjutkan dari tarikh tutup asal iaitu 23 Mac 2026 kepada tarikh baharu iaitu 12 April 2026.

Walau bagaimanapun, tarikh tutup permohonan bagi Fasa Pertama Lepasan STPM/Setaraf adalah kekal pada 23 Mac 2026.

Bagi calon-calon Lepasan SPM yang masih belum membuat permohonan, pembelian No. Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mengemukakan permohonan dengan harga RM 10.60 (termasuk cas perkhidmatan). Kaedah bayaran No. Pin UPUOnline® di BSN adalah melalui 387 Kaunter Cawangan BSN, 843 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. BSN akan mengeluarkan No. Pin UPUOnline® beserta salinan resit pembayaran. Sila pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan.

Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 363 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,146 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM/Setaraf oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, KK dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) seluruh negara.

Para calon dinasihatkan agar melengkapkan permohonan lebih awal dan tidak menunggu hingga saat-saat akhir bagi mengelakkan sebarang gangguan atau kesesakan trafik pada sistem UPUOnline®. Selain itu, pastikan permohonan telah disahkan dengan menekan butang “Saya Setuju” dan slip permohonan dicetak atau dimuat turun sebagai rujukan serta bukti bahawa permohonan telah berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook, Instagram & TikTok: BKPA UPU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
9 MAC 2026

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Pelanjutan Tarikh Permohonan UPUOnline® Bagi Kemasukan Sesi Akademik 2026/2027 (Khas Untuk Lepasan SPM Sahaja)(172 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 304
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 09 March 2026, 04:59:26.

sirim-logo