Kenyataan Media - Network School di Forest City Bukan IPTS Berdaftar, Tiada Kerjasama Universiti Tempatan

English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

NETWORK SCHOOL DI FOREST CITY BUKAN IPTS BERDAFTAR, TIADA
KERJASAMA UNIVERSITI TEMPATAN


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum isu yang sedang tular berhubung pengoperasian Network School di Forest City serta pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengannya.

Sehubungan itu, KPT ingin menjelaskan bahawa Network School tidak berdaftar sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan oleh yang demikian ia bukan merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang diiktiraf atau dikawal selia oleh KPT.

Hasil semakan KPT juga mendapati bahawa tiada sebarang kerjasama, pengiktirafan atau penglibatan Universiti Awam (UA) mahupun IPTS berdaftar dengan Network School berdasarkan rekod yang ada pada masa ini.

Berdasarkan maklumat diperolehi, Network School merupakan sebuah komuniti kediaman swasta dan ruang kerja bersama (co-working space) untuk golongan usahawan teknologi, pelabur, dan pengamal digital pemula (startup).

Pada masa sama, KPT dimaklumkan bahawa pihak-pihak berkuasa berkaitan sedang meneliti isu ini mengikut bidang kuasa masing-masing.

KPT akan terus memantau perkembangan isu ini dan akan memberikan kerjasama penuh kepada semua agensi penguatkuasa bagi memastikan undang-undang negara dipatuhi serta kepentingan sistem pendidikan tinggi negara sentiasa terpelihara.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
15 JULAI 2026

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Network School di Forest City Bukan IPTS Berdaftar, Tiada Kerjasama Universiti Tempatan(115 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 63
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 15 July 2026, 13:28:03.

sirim-logo