English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

Keputusan Permohonan Rayuan Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam (UA) Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan rayuan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi Program Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023 akan diumumkan pada 25 Oktober 2022, seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini di Aplikasi Bahagian Kemasukan ke UA.

Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 25 Oktober 2022, jam 12.00  tengah hari hingga 30 Oktober 2022, jam 5.00 petang melalui pautan berikut:

i. https://jpt.utm.my
ii. http://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. http://jpt.ums.edu.my
v. http://jpt.umt.edu.my

atau melalui Aplikasi Mobile UPU Pocket di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 Oktober hingga 30 Oktober 2022 di laman web rasmi UA. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.   

Sebarang pertanyaan :

No tel : 03 - 8684 2363
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Sosial Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT 
Instagram : @KEMASUKANBkpa
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/  
UPUChat : http://upu>-chat.ml/UPUChat/  

Jabatan Pendidikan Tingi
Kementerian Pengajian Tinggi
21 Oktober 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/ Setaraf Sesi Akademik 2022/2023.pdf (20 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 9318
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 21 May 2024, 15:10:04.