KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
BUKA BILIK GERAKAN BANJIR
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir @ KPT bagi menyelaras penyaluran bantuan kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkesan akibat banjir yang melanda sebahagian besar daerah di negara ini. Pelajar dan kakitangan IPT yang menghadapi kesukaran dan memerlukan bantuan, boleh menghubungi nombor telefon dan emel seperti berikut :
No. Telefon : |
03-8870 6777 |
03-8870 6623 |
|
03-8870 6949 |
|
03-8870 6628 |
|
Alamat Emel : |
|
Semua IPT juga telah diminta untuk membuka Bilik Gerakan Banjir masing-masing bagi memudahkan penyaluran segera bantuan khususnya makanan dan keperluan asas lain kepada pelajar dan kakitangan IPT masing-masing. Selain itu, Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM) turut digerakkan bagi menyediakan sukarelawan dalam kalangan warga IPT untuk bantuan pembersihan pasca banjir kelak.
Saya ingin menasihati para pelajar supaya menjaga keselamatan diri masing-masing dan sentiasa pastikan berada di kawasan selamat. Saya juga mengambil kesempatan di sini mendoakan supaya semua warga KPT daripada ahli akademik, pengurusan IPT hinggalah ke para pelajar selamat dari bencana ini.
DR. NORAINI AHMAD
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
19 DISEMBER 2021
Muat Turun:
pdf Kementerian Pengajian Tinggi Buka Bilik Gerakan Banjir (360 KB)
- Last updated on .
- Hits: 6583