English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI AKADEMIK 2023/2024 BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2023/2024 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 7 Julai 2023.

Keputusan boleh disemak mulai 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari hingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:

  1. Secara atas talian melalui pautan;
    1. https://jpt.utm.my
    2. https://jpt.uum.edu.my
    3. https://jpt.unimas.my
    4. https://jpt.ums.edu.my
    5. http://jpt.umt.edu.my

  1. Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon

Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 8 Julai 2023 hingga 16 Julai 2023 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 8 Julai 2023 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 7 Julai 2023, jam 12.00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang. Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline® .

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:

No tel : 03 – 8684 2363
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

4 JULAI 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Hebahan Keputusan UPUOnline Lepasan SPM Setaraf Sesi Akademik 2023/2024.pdf (64 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 32933
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.