Kementerian Kewangan Sedia Timbang Syor Kementerian Pendidikan Supaya Skim Baucar Buku Untuk Mahasiswa Diteruskan

English translation not available for this content.

Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan syor Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan syor Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya meneruskan skim bantuan baucar buku bagi mahasiswa.

Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam, mesyuarat yang pertama sejak Belanjawan 2019 dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pada 2 November 2018 lalu.

Kementerian Kewangan bersetuju untuk melihat perkara ini yang bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pengajian tinggi.

YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri juga melahirkan pandangan bahawa bantuan seumpama ini diteruskan. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian Kementerian Kewangan dan sokongan YAB Perdana Menteri dalam mempertimbangkan perkara ini. Kami berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat.

Seperti saya telah menjanjikan sebelum ini saya akan memastikan kebajikan mahasiswa dijaga. Skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa.

YB DR. MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
10 November 2018

  • Last updated on .
  • Hits: 6590
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 11 October 2024, 07:37:56.

sirim-logo