English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

BANTUAN PELAN DATA DAN PERANTI KEPADA PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT)


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa sejak pelancaran Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) daripada kategori B40 bersasar pada 30 Oktober 2020, sebanyak 195,028 pelan data dan 3,773 peranti telahpun diedarkan kepada pelajar-pelajar IPT berkenaan sehingga 31 Disember 2020.

Sementara itu, sebanyak 3,997 buah komputer riba dan desktop sedang dalam proses perolehan oleh KPT untuk diedarkan kepada mereka.

Inisiatif KPT juga termasuk mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti seperti berikut:

Pelan Data
BILSYARIKAT PEMBEKALPAKEJ ISTIMEWA
1 Celcom EL30 RM30
2 Celcom XPAX 35 RM35
3 Maxis Hotlink RM30 / RM40 / RM50
4 Digi RM28 / RM35
5 UNIFI MOBILE (pasca bayar) RM59
6 UNIFI Mobile (prabayar) RM35
Peranti
BILSYARIKAT PEMBEKALPAKEJ ISTIMEWACATATAN
1 Acer Student Purchase Program- MOHE 5-7% diskaun Produk-produk terpilih
2 Samsung Education Store Bermula 15% Bagi semua produk dan aksesori
3 Education AOS Store Home Antara RM85 hingga RM420 Mengikut jenis produk

KPT juga telah mengadakan perbincangan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk satu lagi inisiatif pinjaman kewangan di bawah Skim BSN MyRinggit-i COMSIS bagi pembelian komputer riba oleh pelajar IPT.

KPT juga melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah melancarkan satu inisiatif crowdfunding melalui Tabung Prihatin Siswa sebagai satu platform bagi mempelawa pihak luar bersama-sama dengan KPT dalam menyalurkan sumbangan untuk membantu meringankan kesulitan pelajar yang berkeperluan dalam meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) tanpa kekangan. Pihak-pihak yang ingin menyalurkan sumbangan mereka, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Maybank 5660 1062 2566 atau melalui dalam talian dengan klik pautan di www.billplz.com/tabungsiswa

Sesungguhnya, akses kepada capaian internet sangat kritikal bagi membolehkan pelajar menjalani sesi PdP secara dalam talian dengan kondusif. Tidak dinafikan, pelajar perlu menanggung kos yang tinggi bagi melanggani pakej pelan data untuk capaian internet tersebut.

KPT komited untuk memastikan semua pelajar IPT mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada. Hal ini juga penting bagi KPT menjayakan aspek ekuiti apabila semua pelajar mendapat hak pendidikan yang setara tanpa jurang antara bandar mahupun luar bandar.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
Menteri Pengajian Tinggi
26 Januari 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Bantuan Pelan Data dan Peranti kepada Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) (26 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 24048
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 08 December 2023, 17:12:30.