Kawasan Terlibat |
SELURUH NEGARA TERMASUK SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
*Bagi Sabah, sila rujuk SOP PKP Sabah *Bagi Sarawak, sila rujuk SOP PKP Sarawak
|
Tempoh Kuat Kuasa |
15 Jun 2021 (mulai 12.01 pagi) sehingga 28 Jun 2021 (11.59 malam)
|
Kawalan Pergerakan |
- Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri).
- PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.
- Dua (2) orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya.
- maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.
- Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua (2) orang sahaja termasuk pemandu, penumpang mesti duduk di belakang.
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri (kecuali pengangkutan pekerja) bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan.
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi Jawatan adalah berdasarkan kapasiti kenderaan.
- Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
- Aktiviti loading dan unloading di kilang-kilang hanya melibatkan penghantaran dan penerimaan barangan atau kargo dalam simpanan stok (stockpile) sedia ada dengan tujuan import dan eksport sahaja dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam pada Isnin, Rabu dan Jumaat
- Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti pengangkutan pekerja, bas henti-henti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain pengangkutan awam dibenarkan beroperasi berdasarkan 50% kapasiti kenderaan (waktu operasi dan frekuensi tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan).
- Pergerakan bagi kes kematian dan bencana alam dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
- Pergerakan bantuan bencana atau kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan yang terjejas dengan bencana dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan tersebut.
- Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
- Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tanpa melaksanakan sebarang majlis.
- Rentas negeri tidak dibenarkan bagi pasangan suami isteri jarak jauh.
- Pergerakan bagi Pelawat Perniagaan Jangka Pendek di bawah kelulusan Inisiatif One Stop Centre (OSC) untuk tujuan rasmi atau perniagaan dibenarkan setelah mendapat kebenaran PDRM.
|
Protokol Kesihatan Umum |
- Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal sekurang kurangnya 1 meter.
- Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
- Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
- Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas. Penggunaan buku pendaftaran kehadiran pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain lain).
- Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon sekiranya tiada liputan internet.
- Majikan, pekerja, pelanggan dan pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca (sekiranya tiada liputan internet) sebelum memasuki premis termasuk di pejabat Kerajaan, swasta dan persendirian.
- Bagi kompleks membeli belah, pasar raya atau departmental store, pelanggan hanya perlu menjalankan imbasan suhu badan sekali sahaja di pintu masuk kompleks dan bukan di setiap premis perniagaan bawah satu kompleks.
- Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah tidak dibenarkan memasuki kompleks dan premis.
- Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” termasuk “Casual Contact Low Risk” dalam MySejahtera dibenarkan masuk ke kompleks atau premis masing masing.
- Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan, pendidikan dan senaman.
- Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal sekurang kurangnya 1 meter dalam sesuatu masa.
- Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.
- Semua pemilik bangunan perlu menyediakan Kod QR di setiap aras.
- Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.
- Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis.
- Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak kecuali bagi aktiviti dan tempat seperti berikut:
- Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah.
- Ruang kerja bersendirian.
- Aktiviti sukan dan rekreasi outdoor.
- Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah.
- Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain.
- Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain (selain di restoran atau premis makanan).
|
Perkhidmatan Awam |
- Melaksanakan kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) sepenuhnya tidak termasuk perkhidmatan frontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.
- Kehadiran di Pejabat hanya dibenarkan bagi perkhidmatan perlu dan tidak melebihi 20% pada satu-satu masa berdasarkan keutamaan kepada proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR seperti pembayaran kontrak / invois / gaji, pembayaran / pengagihan bantuan bulanan / berkala kepada rakyat, penyelenggaraan / keselamatan premis, pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan sistem dan mesyuarat atas talian dan penyediaan dokumen melibatkan Jemaah Menteri.
- Kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja.
|
Perkhidmatan Swasta |
- Semua sektor perkhidmatan perlu yang diluluskan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP tertakluk kepada surat kelulusan Kementerian yang berkaitan yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan.
- Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60%.
|
Mesyuarat |
- Mesyuarat perlu dilaksanakan secara sidang video
|
Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan dan Ceramah |
- Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah tidak dibenarkan kecuali latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan dalam kawasan latihan menerusi kaedah Camp Based Training.
- Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah yang dilaksanakan secara dalam talian (online) adalah dibenarkan.
|
Perniagaan dan Perkhidmatan |
- Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.
- Dine-in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.
- Aktiviti berkelah tidak dibenarkan
- Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Kedai keperluan harian seperti kedai hardware, bengkel kenderaan, kedai barangan bayi dan barangan keagamaan dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
- Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Stesen minyak boleh beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol boleh beroperasi sehingga 24 jam.
- Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka dan mini mart serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
|
Pasar |
- Pasar harian dan pasar awam dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 2.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
- Pasar Segar Terkawal (PST) dibenarkan beroperasi dari 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
- Pasar Tani Kekal (PTK), MyFarm Outlet (MFO) dan Komplek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi hingga 4.00 petang.
- Pasar borong dibenarkan beroperasi dari jam 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
- Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu tidak dibenarkan beroperasi.
|
Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi |
- Rujuk Senarai Perkhidmatan Perlu Mengikut Sektor yang dibenarkan beroperasi.
- Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan.
|
Perlombongan dan Pengkuarian |
- Pembekalan mineral, bahan batuan dan simen hanya daripada simpanan stok (stockpile) sedia ada serta pergerakannya dari lombong atau kuari ke premis atau tapak projek pembinaan infrastruktur awam yang utama dan kerja-kerja pembinaan bangunan dibenarkan dalam SOP ini.
|
Pendidikan |
- Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Institut, Latihan Kemahiran, sekolah selain di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain ditutup. IPT di bawah kawal selia KPT diteruskan secara dalam talian.
- Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar bawah KPM ditutup bermula 15 Jun hingga 28 Jun 2021.
- Hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terlibat dengan peperiksaan antarabangsa dibenarkan hadir untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa.
- Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali kepada pelajar IPT yang berkeperluan.
- Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.
- Pelajar yang berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan dibenarkan untuk berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
|
Tabika, Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Berkediaman |
- Tabika, taska, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun tidak dibenarkan beroperasi kecuali untuk anak-anak di mana kedua-dua ibu bapa dan penjaga merupakan barisan petugas hadapan dan bekerja dalam perkhidmatan perlu.
- Pusat jagaan berkediaman atau pusat rehabilitasi bagi kanak kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan di bawah Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan.
|
Keagamaan |
- Aktiviti solat dihadkan kepada maksima 12 orang AJK masjid dan surau sahaja. Aktiviti lain tidak dibenarkan.
- Upacara pernikahan (akad nikah) Islam dibenarkan hanya di Pejabat / Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
- Pengurusan pengebumian jenazah orang Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
- Aktiviti Rumah Ibadat Selain Islam adalah dihadkan kepada maksima 12 orang AJK rumah ibadat sahaja dan kehadiran penganut adalah tidak dibenarkan.
- Pendaftaran perkahwinan bagi selain orang Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rumah Ibadat dan Persatuan Agama dibenarkan dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak JPN.
- Pengurusan pengebumian selain orang Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
|
Sukan dan Riadah |
- Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal TERHAD kepada joging dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan bermula 7.00 pagi sehingga 8.00 malam.
- Program latihan berpusat termasuk kejohanan atau pertandingan tertutup secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) menggunakan konsep Camp Based Training.
- Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.
- Program latihan berpusat termasuk perlawanan latihan secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam Malaysian Football League (MFL) menggunakan model GELEMBUNG SUKAN (Camp Based Training).
|
Industri Kreatif |
- Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung merangkumi animasi, penggambaran filem, drama, promosi, sitkom dan seumpamanya, termasuk aktiviti seni tari, seni teater, seni muzikal, persembahan kebudayaan dan warisan serta seni muzik tidak dibenarkan kecuali bual bicara dan live streaming secara individu.
- Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung program berbentuk penyampaian maklumat (selain daripada hiburan) seperti berita forum, bual bicara dibenarkan.
|
Lain-lain Aktiviti |
MANA-MANA AKTIVITI YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM SOP INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN |