YDP Agong Seru IPT Lahirkan Bakat Insan Berkemahiran Dan Terpuji
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen ke-14 serta menyampaikan Titah Diraja di sini pagi tadi.
Keberangkatan tiba baginda bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu telah disambut oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, jemaah Menteri serta ahli-ahli parlimen dan senator.
Baginda bertitah bahawa sektor pendidikan tinggi negara yang merangkumi IPT awam dan swasta menggalas tanggungjawab yang besar untuk memacu agenda melahirkan bakat insan masa hadapan yang dicirikan dengan kemahiran dan nilai terpuji.
IPT turut digesa untuk mengutamakan aktiviti inovasi dengan pendekatan yang lebih segar, strategik dan pragmatik dalam merealisasikan rencana pembangunan negara.
Selain itu, baginda turut menyokong insiatif-inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam menyediakan prasarana dan infrakstruktur institusi pendidikan yang selamat dan kondusif untuk semua.
Malah, baginda juga menyokong kerjasama pihak awam dan swasta dalam memperkasakan TVET bagi memastikan graduan yang dilahirkan kelak terlatih mengikut kehendak semasa industri setempat di samping pengenalan pelbagai program upscaling dan reskilling tenaga kerja mahir negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.
- Last updated on .
- Hits: 3836