YBTM Sumbang Penyertaan 'MUST' Ke Kejohanan FISU World University Championship Itali

YBTM Sumbang Penyertaan 'MUST' Ke Kejohanan FISU World University Championship Itali
English translation not available for this content.

YB Timbalan Menteri (YBTM) Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah melaksanakan Pelepasan Kontinjen Pelayaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mewakili Malaysia untuk FISU World University Championship Densenzano, Italy yang berlangsung di pekarangan jeti Duyong Marina & Resort pagi tadi.

Dalam kejohanan FISU World University yang bakal berlangsung pada 4-11 Jun depan, UMT akan menghantar seramai 6 orang pelajar sebagai satu pasukan di bawah bimbingan Pengarah Pusat Latihan Pelayaran UMT, Mohd Hafizi Said.

YBTM dalam ucapannya berkata, beliau telah berbesar hati memberikan sumbangan kepada pasukan berkenaan bagi keperluan dana serta perbelanjaan dan berharap beroleh kemenangan dalam kejohanan bertaraf antarabangsa ini.

Pada sebelah petang pula, YBTM dibawa melawat Hatcheri Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), UMT dan seterusnya lawatan ke Galeri INOS, UMT, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, YBTM turut mengambil kesempatan mengadakan Sesi Ramah Mesra bersama mahasiswa UMT dari negeri Sabah di Bilik Seminar Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim yang menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UMT, pensyarah-pensyarah kanan UMT dan pegawai-pegawai kanan UMT. 

  • Last updated on .
  • Hits: 337
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 18 June 2024, 16:17:02.