YBTM merasmikan Syarahan Peringatan Almarhum YM Profesor Diraja Ungku A Aziz sempena Perayaan 50 Tahun penubuhan Fakulti Pergigian Universiti Malaya di Auditorium Hashim Yaacob, Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya

English translation not available for this content.

28 Januari 2022

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merasmikan Syarahan Peringatan Almarhum YM Profesor Diraja Ungku A Aziz sempena Perayaan 50 Tahun penubuhan Fakulti Pergigian Universiti Malaya di Auditorium Hashim Yaacob, Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Syarahan anjuran Fakulti Pergigian, Universiti Malaya tersebut diadakan bagi menghayati dan mengikuti sejarah kehidupan dan sumbangan Almarhum Profesor Diraja Ungku A Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ungku kepada pembangunan pendidikan negara.

Pemilihan tarikh syarahan pada 28 Januari adalah sempena hari kelahiran Almarhum yang genap 100 tahun.

Syarahan tersebut yang bertajuk “Malimkan Bahtera Dengan Handal, Let The Man Be Born” disampaikan oleh Kepten Dato’ Profesor Emeritus Dr Hashim Yaacob, Mantan Dekan Fakulti Pergigian dan juga Mantan Naib Canselor Universiti Malaya.

Pada majlis tersebut, YB Timbalan Menteri turut melancarkan buku bertajuk “Ungku Aziz - The Other Side Of The Mountain”.

Dalam ucapannya, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal menyifatkan Professor Diraja Ungku Abdul Aziz sebagai seorang “Guru Bangsa” dan sebutir mutiara negara.

Turut hadir YBrs. Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang mewakili Naib Canselor Universiti Malaya.

  • Last updated on .
  • Hits: 940
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 15 July 2025, 05:51:14.

sirim-logo