YBM Ziarah Keluarga Pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir

YBM Ziarah Keluarga Pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Husna Soleheh Mohd. Salleh, pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir akibat penyakit Tuberculosis (TB) pada 22 April yang lalu bagi memberikan sokongan emosi kepada seluruh keluarga Allahyarhamah.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah dan menyampaikan sumbangan kepada bapa Allahyarhamah, Encik Mohd. Salleh Daud di kediaman beliau di sini.

Allahyarhamah Husna Solehah adalah pelajar Tahun 3, Bidang Pergigian di Universiti Alexandria, Mesir. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 April 2022, jam 8.00 malam waktu Mesir akibat dijangkiti Tuberculosis (TB) aktif. Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia Mesir di Kaherah.

Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.

  • Last updated on .
  • Hits: 4799
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.