YBM Terima Kunjungan Hormat MSU

YBM Terima Kunjungan Hormat MSU
English translation not available for this content.

Petang tadi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Management and Science University (MSU) yang berlangsung di pejabatnya.

Pertemuan beliau dengan YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid, Pengerusi merangkap Presiden MSU telah membincangkan berkenaan visi serta objektif masa hadapan MSU dalam memperkukuhkan lagi sektor pendidikan tinggi swasta negara.

Antaranya berkenaan penawaran program-program pengajian yang kompetitif dan menepati pasaran, program mobiliti melibatkan pelajar tempatan dan antarabangsa, serta meneroka prospek kerjasama melibatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi dengan universiti luar negara.

Bagi menyokong pelan perancangan MSU tersebut, YB Menteri turut menyarankan IPTS tersebut untuk mengintai peluang membuka cawangan luar negara bagi memantapkan lagi rencana pemerkasaan pendidikan tinggi negara di peringkat global.

  • Last updated on .
  • Hits: 1805
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 09 April 2024, 09:42:49.