YBM Serah Surat Lantikan Naib Canselor USM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) USIM

YBM Serah Surat Lantikan NC USM dan TNC (P&I) USIM
English translation not available for this content.

YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyerahkan surat lantikan kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) yang baharu di pejabatnya pagi tadi.

YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Rahman sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM dan kini merupakan Naib Canselor USM ke-9 menggantikan YBhg. Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan.

Selain itu, YB Menteri Pendidikan Tinggi pada pagi tadi telah turut menyerahkan surat lantikan kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu.
Kedua-dua lantikan tersebut berkuat kuasa 3 Januari 2022.

Turut sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 3747
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 21 May 2024, 15:10:04.