YBM Mepengerusikan Mesyuarat Agung YSS kali ke-10

YBM Mepengerusikan Mesyuarat Agung YSS kali ke-10
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Yayasan Sukarelawan Siswazah (YSS) kali ke-10 di KPT petang tadi.

Dalam mesyuarat tersebut, semua laporan termasuk kewangan dan aktiviti yang telah dijalankan oleh YSS sepanjang tahun lepas telah dibentangkan kepada YB Menteri serta ahli lembaga yang hadir.

Antara yang menjadi tumpuan ialah kejayaan YSS dalam melaksanana Nurture Development Programme (NDP), Misi Bantuan Pasca Banjir, Program "Back To School", serta beberapa program lain melibatkan asas keusahawanan dan kepimpinan.

Hadir sama ialah YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg. Prof. Emerita Tan Sri Dato' Seri Dr. Mazlan Othman, Pengerusi YSS, Wan Ahmad Hazman Wan Daud, Timbalan Pengerusi YSS, Saudara Wong Kin Lun, Ketua Eksekutif YSS serta ahli lembaga yang lain.

  • Last updated on .
  • Hits: 6949
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 28 November 2023, 16:33:06.