YBM Menyantuni Pengunjung KPKM@Johor di Tenang, Labis

YBM Menyantuni Pengunjung KPKM@Johor di Tenang, Labis
English translation not available for this content.

YB Menteri telah turun ke program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor yang diadakan di Dewan Serbaguna Kg. Tenang, Labis pagi tadi.

Di sana, beliau telah meninjau semua aktiviti yang sedang dijalankan oleh sukarelawan KPT bagi menyantuni para penduduk di komuniti tersebut.

Antaranya, JPPKK yang menawarkan secara percuma perkhidmatan servis asas motosikal juga kursus asas solekan.

HPKK UKM pula telah membuka kaunter perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan kesihatan oleh petugas kepada para pengunjung yang hadir.

UTM telah turut menawarkan kemahiran mereka dengan perkhidmatan membaiki komputer secara percuma dan juga servis penghawa dingin.

Diadakan juga Karnival Jamin Kerja yang dianjurkan dengan kerjasama PERKESO serta syarikat-syarikat ternama bagi memberi peluang pekerjaan kepada para belia yang berminat serta berkelayakan.

KPT berharap semua lapisan masyarakat telah menerima manfaat hasil dari pelbagai aktiviti yang dirancang melalui program KPKM@Johor di Tenang ini.

  • Last updated on .
  • Hits: 5408
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.