YBM Lancar Program Perantisiswa Keluarga Malaysia Di Terengganu

YBM Lancar Program Perantisiswa Keluarga Malaysia Di Terengganu
English translation not available for this content.

Sempena lawatan YB Menteri ke UniSZA Kampus Besut, beliau turut menyempurnakan pengagihan PerantiSiswa kepada pelajar-pelajar IPT negeri Terengganu.

Sebanyak 3,156 permohonan PerantiSiswa di Terengganu telah diluluskan dan seramai 150 pelajar UniSZA menjadi kumpulan pertama menerima tablet tersebut di Terengganu pada hari ini.

YB Menteri turut menyeru kepada semua pelajar IPT B40 yang masih belum memohon, segera untuk membuat permohonan dalam fasa ke-2 yang masih dibuka sehingga 30 September 2022.

Dalam perkembangan lain, YB Menteri turut memantau kafeteria di kampus itu bagi memastikan hidangan Menu Keluarga Malaysia bernilai RM3.50, diberikan dalam kuantiti munasabah dan tidak mengabaikan aspek kualiti makanan.

"Kerajaan juga memberikan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus IPT awam mulai Julai lalu, jadi mereka sepatutnya boleh menawarkan menu pada kuantiti yang munasabah kepada pelajar," katanya.

  • Last updated on .
  • Hits: 2812
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.