Menteri Pengajian Tinggi menghadiri Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia
Hari ini YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menghadiri Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang diadakan secara dalam talian. Inisiatif penubuhan MTVET merupakan mandat baharu untuk memperkasakan TVET serta merupakan badan tertinggi pembuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara. Majlis ini juga berperanan menambahbaik penyelarasan ekosistem TVET dengan penglibatan semua pemegang taruh awam dan swasta.
Dalam mesyuarat ini, KPT telah membentangkan dua kertas kerja yang memfokuskan kepada strategi jangka pendek dan jangka panjang yang dirancang bagi dilaksanakan semua pihak terlibat termasuklah pihak industri. KPT telah menumpukan kepada usaha-usaha bagi mengarusperdanakan agenda pemerkasaan TVET berlandaskan Dasar Industry4wrd dan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Pelan strategik ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan institusi pendidikan dapat merancang serta melatih pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang memenuhi keperluan industri bagi melahirkan graduan TVET yang kompeten dan mampu untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan serta melahirkan graduan yang mampu menjadi pencipta pekerjaan bukan hanya pencari pekerjaan.
- Last updated on .
- Hits: 9187