YB Timbalan Menteri Turun Padang Meriahkan Reruai KPT Di Program Madani Rakyat (Zon Tengah)

YB Timbalan Menteri Turun Padang Meriahkan Reruai KPT Di Program Madani Rakyat (Zon Tengah)
English translation not available for this content.

Kemeriahan Hari Pertama Penyertaan Kementerian Pendidikan Tinggi (Kpt) Di Program Madani Rakyat (Zon Tengah) Telah Diserikan Dengan Kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Yb Datuk Ts. Mustapha Sakmud Ke Reruai Kementerian Tengah Hari Tadi. Beliau Telah Diiringi Oleh Ketua Komunikasi Korporat Kpt, Encik Mohamad Hafizi Rosli.

Yb Timbalan Menteri Telah Meninjau Pengisian Dan Pameran Yang Disediakan Oleh Kpt Serta Berbesar Hati Menyertai Demonstrasi 'Barista Cafe' Inspired Kitchen Bersama Para Pelajar Kolej Komuniti Selayang.

Bagi Memeriahkan Lagi Suasana Pameran, Beliau Turut Bersama-Sama Pihak Kpt Mengadakan Sesi Kuiz Serta Menyampaikan Hadiah Kepada Para Pengunjung Yang Berjaya Menjawab Soalan-Soalan Berkaitan Kpt.

Seterusnya, Beliau Turut Meluangkan Masa Ke Reruai Tvet Kpt Daripada Politeknik Banting Yang Mempamerkan Proses Mencanting Batik, Sulaman Dan Aktiviti Permainan ‘Flight Stimulator’.

Kemudiannya, Beliau Turut Meluangkan Masa Singgah Ke Reruai Kementerian Dan Agensi Kerajaan Lain Yang Turut Terlibat Sama Menjayakan Program Madani Rakyat Mulai Hari Ini Sehingga Ahad Nanti.

Program Madani Rakyat Merupakan Kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Yang Telah Diadakan Di Stadium Nasional Bukit Jalil Pada Disember Tahun Lalu. Antara Pengisian Program Adalah Pameran-Pameran Daripada Agensi Kerajaan. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1030
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.