YB Timbalan Menteri Sampaikan Ucapan Penggulungan Titah Diraja Di Dewan Negara

YB Timbalan Menteri Sampaikan Ucapan Penggulungan Titah Diraja Di Dewan Negara
English translation not available for this content.

YB. Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah hadir ke Dewan Negara untuk menyampaikan ucapan Penggulungan Titah Diraja Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau telah mengulas rangkaian soalan serta isu berkaitan sektor pendidikan tinggi negara yang telah dibahaskan oleh para Ahli Senator.

Antaranya bilangan IPTA di wilayah Borneo; isu ranking dan penarafan universiti; cabaran penulisan dan penerbitan dalam jurnal antarabangsa; serta cadangan penubuhan pasukan penilai jurnal dan terbitan berindeks tinggi di rantau ASEAN.

Selain itu, beliau turut mengambil maklum peluang kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM ke IPTA mengikut jurusan pilihan masing-masing terutamanya dari kalangan masyarakat India; serta penawaran subjek wajib Kursus Asas Keusahawanan di UA sebagai inisiatif meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa.

Sebelum itu, YB Timbalan Menteri telah turut menjawab soalan-soalan daripada para senator lain yang antaranya menyentuh isu bilangan graduan Doktor Falsafah serta kadar enrolmen pelajar Kolej Komuniti di seluruh negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 3133
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.