YB Timbalan Menteri Rasmi Program Sinar Ramadan 7.0 Anjuran FISE MSU

YB Timbalan Menteri Rasmi Program Sinar Ramadan 7.0 Anjuran FISE MSU
English translation not available for this content.

Di Shah Alam pula, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud turun menyempurnakan program Sinar Ramadan 7.0 anjuran Fakulti Sains Maklumat dan Kejuruteraan (Faculty of Information Sciences and Engineering - FISE), Universiti Pengurusan dan Sains (Management and Science University - MSU) semalam.

Program ini merupakan inisiatif FISE dalam membudayakan elemen 2G (Memberi dan Bersyukur - Give and Grateful) di MSU dalam menyokong Matlamat Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Sustainable Development Goals United Nations - SDG UN) yang keempat iaitu Pendidikan Berkualiti.

Pada majlis yang sama, YB Datuk Ts. Mustapha bersama Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid turut menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM 10 ribu daripada FISE kepada Yayasan MSU.

Disambut meriah oleh para pelajar dan kakitangan MSU, beliau kemudiannya menunaikan solat fardu isyak dan terawih berjemaah.

Seperti kebiasaan, beliau meluangkan masa bermoreh sambil beramah mesra bersama para pengurusan dan para pelajar yang hadir memenuhi pengisian malam ke-11 ramadan malam tadi.

  • Last updated on .
  • Hits: 942
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 July 2024, 04:35:17.

sirim-logo