YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adakan Lawatan Rasmi Ke UNIMAS Dan Politeknik Kuching

YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adakan Lawatan Rasmi Ke UNIMAS Dan Politeknik Kuching
English translation not available for this content.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah membuat lawatan kerja rasmi ke dua (2) buah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di Sarawak iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Politeknik Kuching (POLIKU).

Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengetahui berkenaan pencapaian serta fungsi dan peranan kedua-dua IPTA tersebut dalam menjayakan aspirasi pendidikan tinggi negara.

Di UNIMAS, kehadiran beliau telah disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie; Naib Canselor UNIMAS, YBhg. Prof Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi serta warganya yang lain dengan upacara menanam anak pokok di Dataran Canselori UNIMAS.

Menerima kunjungan beliau di POLIKU pula adalah Pengarah POLIKU, YBrs. Encik Samsudin Mohd Saleh, juga bersama semua warganya.

Kunjungan rasmi tersebut telah dimanfaatkan oleh UNIMAS dan POLIKU dengan mempamerkan hasil inovasi dan pencapaian mereka kepada YB Timbalan Menteri.

YB Timbalan Menteri turut berkesempatan menyantuni dua (2) orang calon pelajar IPTA di situ dengan menyerahkan surat tawaran, Wang Pendahuluan Pelajar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sumbangan bakul rahmah.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Prof. Dr. Norzaini Azman.

  • Last updated on .
  • Hits: 2038
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo