YB Menteri Terima Taklimat Bahagian Dasar KPT Dan Jabatan Pendidikan Tinggi

YB Menteri Terima Taklimat Bahagian Dasar KPT Dan Jabatan Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Usai menunaikan fardu Jumaat di Surau al-Jami'ah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah meneruskan jadual hariannya petang tadi dengan mendengar taklimat daripada barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Turut bersama YB Menteri ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menjalankan fungsi Ketua Setiausaha, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md. Amir.

Membentangkan berkenan dasar dan perancangan KPT adalah Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT, Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood.

Manakala, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman pula telah membentangkan maklumat berkenaan fungsi setiap bahagian dan hala tuju yang telah dirangka oleh JPT.

Sesi taklimat tersebut memberi peluang kepada YB Menteri bersama semua pegawai yang hadir bertukar pendapat sambil menilai pencapaian serta kerangka hala tuju baharu KPT di bawah kepimpinan beliau. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1226
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 02:51:53.