YB Menteri Sampaikan Ucapan Penggulungan Titah Diraja Bagi KPT Pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15

YB Menteri Sampaikan Ucapan Penggulungan Titah Diraja Bagi KPT Pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15
English translation not available for this content.

YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyampaikan ucapan Penggulungan Titah Diraja Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau telah menjawab pelbagai soalan serta isu berkaitan sektor pendidikan tinggi negara yang telah diajukan oleh para Ahli Parlimen.

Antaranya isu literasi dan kebebasan berpolitik siswazah berkait Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971); ekosistem dan kualiti pendidikan TVET negara; serta cadangan pembukaan Institusi Pendidikan Tinggi baharu.

Selain itu, beliau turut menerima cadangan daripada beberapa Ahli Parlimen lain yang ingin melihat para pelajar Tingkatan 5 yang cemerlang dapat diserap terus ke IPT bagi mengikuti program TVET; serta pemberian yuran percuma khusus untuk pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti bagi menarik minat lebih ramai pelajar untuk mendaftar.

Hadir sama YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 2768
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.