YB Menteri Menyampaikan Sumbangan Akaun Simpan SSPN PRIME untuk Pelajar Asnaf di Batu Pahat, Johor

YB Menteri Menyampaikan Sumbangan Akaun Simpan SSPN PRIME untuk Pelajar Asnaf di Batu Pahat, Johor
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime anjuran PTPTN bersempena Program Jelajah KPT Prihatin Keluarga Malaysia @ Johor pagi tadi.

Seramai 36 orang pelajar asnaf sekitar Mukim 5 Bandar, Batu Pahat telah menerima agihan Simpan SSPN Prime yang dilaksanakan melalui sumbangan wang zakat.

Ketika berucap di majlis tersebut, beliau berkata usaha PTPTN ini merupakan salah satu aspirasi #KPTPrihatin yang ingin membantu anak-anak Keluarga Malaysia dari golongan B40 yang berpotensi untuk menggapai impian mereka ke menara gading.

Beliau turut berharap para ibu bapa untuk mula menabung di Simpan SSPN bagi mendapatkan perancangan kewangan berfokuskan pendidikan tinggi yang turut menawarkan pelbagai insentif menarik kepada para pendeposit.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah En Mohd Shukri bin Sahak, Ketua Kampung Pantai Mukim 5, Batu Pahat, dan Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi, PTPTN.

  • Last updated on .
  • Hits: 6293
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.