YB Menteri Iringi Sultan Dan Tengku Permaisuri Selangor Berbuka Puasa Bersama Warga UITM Shah Alam

YB Menteri Iringi Sultan Dan Tengku Permaisuri Selangor Berbuka Puasa Bersama Warga UITM Shah Alam
English translation not available for this content.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di sini petang tadi.

Baginda turut diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM.

Ketibaan baginda berdua telah disambut oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose; Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin; serta Barisan Pengurusan Universiti.

Pada majlis tersebut, DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 100 orang pelajar Asnaf UiTM.

Pasangan diraja tersebut turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah dengan penerima sumbangan hari raya dan semua warga UiTM. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1082
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 July 2024, 04:35:17.

sirim-logo