YB Menteri Gulung Perbahasan RUU Perbekalan 2025 Di Peringkat Jawatankuasa

YB Menteri Gulung Perbahasan RUU Perbekalan 2025 Di Peringkat Jawatankuasa
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hadir ke Dewan Rakyat petang semalam untuk menyampaikan ucapan Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pada sidang tersebut, seramai 18 orang ahli Dewan Rakyat telah membahaskan isu serta mengusulkan cadangan masing-masing seputar sektor pendidikan tinggi negara.

Perbahasan antaranya menekankan isu ketidaksamarataan peluang pendidikan dan kebajikan pelajar termasuk kos sara hidup, kolej kediaman, serta dasar sifar baki.

Mereka turut mengemukakan cadangan untuk mencari mekanisme kemasukan seragam dan strategi baharu bagi meringankan beban pelajar, terutamanya golongan B40 dan M40.

Ahli parlimen turut membahaskan kebolehpasaran graduan, kualiti pendidikan tinggi, dan peranan TVET dalam memenuhi keperluan industri.

Turut disentuh ialah berkenaan penurunan dana penyelidikan dan kerjasama universiti dengan industri, dengan gesaan mempertingkat infrastruktur moden dan menyesuaikan silibus dengan pasaran kerja.

Isu kebebasan akademik, pembangunan sahsiah pelajar, serta penubuhan IPT baharu di kawasan luar bandar seperti Miri dan Kota Belut turut diketengahkan.

Perbahasan semalam menyeru langkah strategik yang lebih bersepadu dapat diperkenalkan untuk memastikan pendidikan tinggi negara lebih inklusif dan relevan. 

  • Last updated on .
  • Hits: 355
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Sunday 16 February 2025, 13:00:25.

sirim-logo