YB Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga USM

YB Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga USM
English translation not available for this content.

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama pihak pengurusan dan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) di Masjid Al Malik Khalid di sini.

Pada majlis itu, YB Menteri berkesempatan menyempurnakan penyerahan inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin berjumlah RM231,000.00 kepada 462 orang pelajar di USM yang merupakan peminjam PTPTN daripada golongan miskin dan miskin tegar.

YB Menteri juga telah menyampaikan Bantuan Zakat Raya daripada Pusat Islam @ Tabung Haji sebanyak RM175,000 kepada pelajar asnaf USM dan tiga Skuter Elektrik melalui Skim Wakaf Siswa Upaya daripada BHEPA USM kepada pelajar OKU USM.

Selain itu, beliau turut meninjau aktiviti kesukarelawanan staf dan masyarakat luar yang telah berjaya menyediakan buka puasa percuma sepanjang Ramadan kepada pelajar dan penduduk kariah di sekitar USM.

Inisiatif ini berjaya mengumpulkan sekitar RM7,000-RM8,000 sehari yang membantu lebih kurang 2,500-3,000 pelajar dan ahli kariah tanpa mengira kaum.

Turut hadir YBhg Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Gabenor USM dan Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dan YBhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM.

  • Last updated on .
  • Hits: 2151
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 May 2024, 17:03:21.