Yang Di-Pertuan Agong Terima Mengadap Menteri Pendidikan Tinggi dan Delegasi KPT

10 September 2026 | Kuala Lumpur
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bersama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi di Istana Negara, hari ini.
Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah maklum mengenai agenda pendidikan tinggi negara serta perkembangan semasa Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University (BFSU), China.
Kursi ini mencerminkan keprihatinan dan naungan Seri Paduka Baginda terhadap usaha memperluas pengajian serta memperkukuh kedudukan bahasa, budaya dan peradaban Melayu di persada antarabangsa.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; serta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Penyelidikan), Prof. Dr. Zainal Amin Ayub.
Kredit foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
- Last updated on .
- Hits: 109
