Warga KPT Terus Berbakti Kepada Alam Sekitar Menerusi KUDAH

Warga KPT Terus Berbakti Kepada Alam Sekitar Menerusi KUDAH
English translation not available for this content.

Seramai 300 warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengisi masa hujung minggu dengan berbakti kepada alam sekitar dengan menyertai program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) yang berlangsung di Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang pagi tadi.

KUDAH yang dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Persatuan Sahabat Sungai Malaysia dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda ini telah menarik minat warga KPT termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti setempat dengan diketuai oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

KSU KPT turut memberi sedikit penerangan mengenai lokaliti ini serta kepentingan menjaga kebersihan dan pentingnya pengurusan sampah yang teratur bagi menjaga keindahan sungai supaya ia berfungsi dengan baik.

Dianggarkan ratusan plastik sampah berjaya dipungut di sepanjang denai dan Sungai Air Hitam dengan kutipan turut dibuat di dalam sungai berkenaan.

Program KUDAH ini sebagai usaha KPT dalam membantu dan mempromosikan usaha kelestarian alam sekitar menerusi aktiviti mengutip sampah.

Inisiatif kesukarelawanan bersama komuniti ini dicetuskan oleh KSU KPT juga merupakan platform untuk pengurusan tertinggi beramah mesra bersama warga dengan melakukan aktiviti sihat dan berfaedah sebegini.  

  • Last updated on .
  • Hits: 191
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Sunday 16 February 2025, 13:00:25.

sirim-logo