UNEH – Raja Pensel Warna

English translation not available for this content.

Aktiviti mewarna merupakan antara aktiviti yang dapat memberikan kesan positif kepada pembangunan kognitif kanak-kanak sekali gus membantu merangsang minda kreatif mereka.

Mengambil kira kepada aspek tersebut, maka Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Pusat Sumber, Bahagian Khidmat Pengurusan, KPT dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan KPT telah mengadakan Bengkel Bersama Uneh – Raja Pensel Warna yang melibatkan penyertaan seramai 40 peserta yang terdiri daripada anak-anak warga KPT.

Bengkel ini antara objektifnya adalah untuk menerapkan persepsi positif dalam kalangan peserta mengenai kepentingan perkongsian ilmu dalam pembentukan minda yang sihat selain menerapkan nilai-nilai disiplin semasa aktiviti mewarna. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan daya kreativiti, kualiti dan kemahiran dalam mewarna serta pendedahan teknik mewarna yang betul.

Bengkel yang diadakan pada pagi semalam ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah oleh Encik Mohd. Haziman Ab Ghani, Naib Presiden Kelab Sukan & Kebajikan KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 2751
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo