TKSU Pengurusan dan Pembangunan KPT Pengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan Politeknik dan Kolej Komuniti (MPPKK) Bil. 4/2026

TKSU Pengurusan dan Pembangunan KPT Pengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan Politeknik dan Kolej Komuniti (MPPKK) Bil. 4/2026
English translation not available for this content.

25 November 2026 | Kuala Lumpur

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan telah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Politeknik dan Kolej Komuniti (MPPKK) Bil. 4/2026 bertempat di Politeknik METro Kuala Lumpur (PMKL) semalam.

Mesyuarat tersebut membincangkan prestasi perbelanjaan, status kemajuan, perancangan pembangunan tahun 2027 serta isu-isu berkaitan projek pembangunan institusi di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Antara fokus mesyuarat adalah pelaksanaan projek-projek yang memberi manfaat pendidikan berkualiti sekali gus menyediakan infrastruktur yang lengkap kepada pelajar-pelajar bagi menikmati suasana pembelajaran dan kemudahan penginapan yang kondusif dan selamat.

YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman turut menekankan keperluan perancangan projek tahun 2027 perlu bermula pada tahun ini supaya ketersediaan pelaksanaan pada tahun hadapan lebih lancar dan dapat memberi impak segera kepada penerima manfaat.

Di sana, beliau telah turut merasmikan ruang simulasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Retail Simulation Studio (RSS) dan Metro Inn PMKL yang merupakan inisiatif bagi penyediaan persekitaran yang interaktif, kondusif serta berteraskan keperluan industri, selain juga merasmikan gerobok rezeki bagi membantu meringankan kos sara hidup warga institusi tersebut.

Penganjuran mesyuarat serta lawatan projek tersebut menzahirkan komitmen dan usaha berterusan KPT dan JPPKK dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) di peringkat komuniti.

Turut hadir pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Pembangunan KPT dan JPPKK, wakil JKR selaku agensi pelaksana serta Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) seluruh negara secara atas talian.

  • Last updated on .
  • Hits: 88
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 25 November 2026, 09:47:43.

sirim-logo