Timbalan Menteri Tinjau Kemajuan Bekalan Air Di UMS

Timbalan Menteri Tinjau Kemajuan Bekalan Air Di UMS
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah membuat tinjauan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi mendapatkan maklumat terkini bekalan air di sini pagi tadi.

Ia termasuk meninjau pembangunan dan pengoperasian sembilan (9) telaga tiub khusus untuk membekalkan air ke kolej kediaman pelajar iaitu melalui dana yang disalurkan daripada YAB Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dengan terlaksana kesemua telaga tiub yang merupakan langkah alternatif UMS bagi menangani krisis air di kampus ini dapat membekalkan bekalan air sebanyak 1 juta Liter sehari.

"Terkini, kesemua tubewell telah beroperasi sepenuhnya untuk membekalkan air ke kolej kediaman.

“Pengoperasian tubewell sepenuhnya bukan bermaksud UMS tidak memerlukan bekalan air daripada pihak JANS lagi kerana UMS masih bergantung dengan bekalan air daripada pihak JANS untuk kegunaan harian kerana keperluan bekalan air UMS sangat tinggi iaitu antara 3 hingga 5 juta liter sehari dengan populasi semasa UMS mencecah sehingga 20,000 orang merangkumi 16,000 pelajar UMS,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, YBTM menyarankan agar satu sesi libat urus bersama mahasiswa dapat diadakan oleh pihak UMS terutamanya melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar UMS supaya maklumat yang tepat dapat disalurkan.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Raman Noordin dan; pegawai-pegawai KPT serta UMS. 

  • Last updated on .
  • Hits: 347
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.