Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Merasmikan Minggu Transformasi Siswa Politeknik Kota Kinabalu

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Merasmikan Minggu Transformasi Siswa Politeknik Kota Kinabalu
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah merasmikan Minggu Transformasi Siswa Sesi II 2023/2024 Politeknik Kota Kinabalu (PKK) serta turut meluangkan masa menyantuni pengurusan dan pelajar baharu PKK di sini petang tadi.

Menyampaikan ucaptama di hadapan kira-kira 350 pelajar baharu, YB Timbalan Menteri turut menyaksikan penyerahan ikrar pelajar baharu kepada Pengarah PKK.

YB Timbalan Menteri dalam ucapanya berkata, pelbagai inisiatif dijalankan bagi mempromosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama antaranya melancarkan Skim TVET MADANI iaitu skim untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan bagi menampung pembiayaan pengajian. Inisiatif dan galakan yang diperkenalkan ini bagi memastikan tiada berlaku keciciran pelajar disebabkan isu kemiskinan.

Tambahnya, sebagai warga politeknik, kita patut berbangga kerana kadar kebolehpasaran graduan politeknik sepanjang tiga tahun berturut -turut melebih 90 peratus. Hal ini amat signifikan dengan visi Politeknik sebagai peneraju TVET terunggul dengan lanskap semasa yang memperlihatkan ketidaktentuan ekonomi kini dan peri pentingnya negara menjamin pekerjaan dan mengurangkan masalah pengangguran.

Setakat ini, Politeknik Kota Kinabalu telah mempunyai 187 rakan kolaborasi yang pastinya mampu membantu dari segi ketersediaan pekerjaan selepas tamat tempoh belajar.

Terdahulu, dalam ucapannya YBM berkata terdapat perancangan bagi mewujudkan Majlis TVET Peringkat Negeri Sabah supaya usaha ini dapat melihat penyediaan tenaga mahir secara spesifik khususnya di Sabah.

Hadir sama, Pengarah PKK, Dullah Muluk bersama pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan PKK. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1115
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.