Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Kunjungi UMSKAL

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Kunjungi UMSKAL
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Haji Apdal telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) siang tadi.

Ketibaan beliau di perkarangan Bangunan Podium, UMSKAL disambut meriah dengan paluan kompang dan persembahan tarian oleh Kumpulan Taming Mas UMSKAL seterusnya menandatangani buku pelawat dan menerima cenderamata daripada Datuk Dr. Kasim.

Taklimat sejarah dan perkembangan semasa UMSKAL telah disampaikan oleh Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal dan YB Timbalan Menteri turut berkesempatan mengadakan Sesi Ramah Mesra bersama pelajar dan kakitangan UMSKAL selain turut serta melihat pemandangan menarik Wilayah Persekutuan Labuan dari Aras 13 yang turut menempatkan Balai Cerapan Anak Bulan.

Untuk rekod, UMSKAL kini mempunyai 232 orang kakitangan yang terdiri daripada 88 kakitangan akademik dan 144 kakitangan pentadbiran. Manakala pelajar pula adalah seramai 2,066 orang yang masing-masing 725 dari Semenanjung Malaysia, 257 dari Sarawak, 1,018 dari Sabah dan seramai 66 lagi dari W.P Labuan.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor; Penolong Naib Canselor (Strategik), Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree; Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal; Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah; dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMSKAL, Dimetio Fernandez Anak Luat.

  • Last updated on .
  • Hits: 1181
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 July 2024, 04:35:17.

sirim-logo