Tarif Trump: Apa Makna Untuk Malaysia?

Tarif Trump: Apa Makna Untuk Malaysia?
English translation not available for this content.

Kegelisahan global kembali memuncak susulan pengumuman drastik oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengisytiharkan kenaikan tarif ke atas negara-negara rakan dagang utama bermula 1 April lalu.

Langkah berprofil tinggi ini bukan sahaja menggugat kestabilan perdagangan antarabangsa, malah menimbulkan persoalan besar tentang hala tuju ekonomi global terutamanya negara-negara sedang membangun, termasuk Malaysia.

Menyedari keperluan untuk memahami krisis ini secara lebih mendalam serta mengenal pasti ruang-ruang strategik yang boleh dimanfaatkan, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan satu forum wacana terbuka.

Beliau sendiri telah mempengerusikan Siri 3, Better Nation Forum: Impak Tarif Trump kepada Malaysia semalam yang bertujuan mengupas implikasi tarif tersebut kepada Malaysia sekali gus membudayakan perbincangan berasaskan fakta dan kepakaran.

  • Last updated on .
  • Hits: 300
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 15 July 2025, 07:22:36.

sirim-logo