TAPiO Intai Peluang Kerjasama Dengan IPT Bangunkan Industri Pembuatan RV Tempatan

TAPiO Intai Peluang Kerjasama Dengan IPT Bangunkan Industri Pembuatan RV Tempatan
English translation not available for this content.

Minat segelintir masyarakat terhadap kenderaan rekreasi atau recreational vehicle (RV) yang semakin meningkat baru-baru ini menyaksikan pelbagai jenis model kenderaan tersebut mula diperkenalkan di pasaran tempatan.

Menyedari potensi yang boleh dijana oleh kenderaan tersebut, TAPiO Management Advisory Sdn. Bhd (TAPiO) sebuah syarikat penasihat pelaburan antarabangsa telah membuat kunjungan rasmi ke atas YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabatnya petang tadi.

Diketuai oleh pengerusinya, Encik Bernhard Schutte, TAPiO telah membuat pembentangan kepada YB Menteri berkenaan pelan jangka masa panjangnya melibatkan rakan-rakan pengeluar RV ternama dari Eropah untuk berkolaborasi dengan IPT di Malaysia bagi mempelopori sekali gus memajukan industri pembuatan RV di rantau ini.

Antara perkara yang dibincangkan ialah program latihan dalam bidang kejuruteraan dan fabrikasi RV, serta penyelidikan dan inovasi yang sesuai bagi membangunkan produk yang dapat memenuhi bukan sahaja cita rasa tempatan malah pasaran global.

Hadir sama YBhg. Dato' Prof. Dr. Norzaini Azman, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan) JPT; YBg. Dato' Shahril Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, JPT; serta YBrs. Ts. Dr. Mohd Norhadi Muda, Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Dan Inovasi, Unit Pengkomersialan, JPPKK.

  • Last updated on .
  • Hits: 1883
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.