Sesi Wacana Bersama Peserta Advance Leadership Management Programme (ALMP) Siri 67

English translation not available for this content.

22 Oktober 2020, YB Dato Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi berkesempatan untuk menyertai sesi wacana bersama peserta Advance Leadership Management Programme (ALMP) Siri 67 yang diadakan secara maya semalam. Bertepatan dengan tema program iaitu " Kepimpinan Bestari Dalam Melestarikan Organisasi", beliau telah berkongsi pengalaman beliau bersama warga kerja Kementerian Pengajian Tinggi mengendalikan kementerian terutamanya pendekatan yang diambil dalam menguruskan pelbagai isu-isu yang berbangkit semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Turut dalam program ini adalah Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, En Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Prof. Datuk Dr Husaini Omar, Ketua Pengawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), En Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Prof Dato Dr Mohd Ekhwan Toriman, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan) dan Ts Haji Mohamad Amin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
  • Last updated on .
  • Hits: 6838
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 12 July 2024, 03:02:21.