Sesi Libat Urus (SLU) Dan Lawatan Tapak Projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Di Zon Utara

Sesi Libat Urus (SLU) Dan Lawatan Tapak Projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 Di Zon Utara
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) telah melaksanakan Sesi Libat Urus (SLU) dan Lawatan Tapak Projek PPRN 2.0 bagi Zon Utara yang melibatkan Universiti Sains Malaysia (USM) pada 29 Oktober yang lalu. Lawatan ini diketuai oleh Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar).

Geran padanan PPRN ini mula diperkenalkan oleh KPT sejak tahun 2015 bagi menggalakkan pemindahan pengetahuan, kepakaran serta penyelesaian teknologi daripada institusi pendidikan tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan awam (PRI) kepada industri, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Projek bertajuk “Customized Automated Spraying Process of Fireproof Beacon with Machine Vision Inspection System" diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Firdaus Akbar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, USM bersama syarikat AMC Cincaria Sdn. Bhd. bertujuan meningkatkan kecekapan proses penyemburan produk isyarat keselamatan kalis api melalui integrasi automasi dan sistem penglihatan mesin (machine vision).

Sesi libat urus dan lawatan tapak ini diharap dapat memantapkan lagi pelaksanaan projek PPRN 2.0 serta menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman terbaik antara semua pihak terutama dalam menterjemahkan inovasi kepada kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.

Turut hadir, Dr. Zurina binti Abdul Hamid, Setiausaha Bahagian, BDP; Prof. Dr. Habibah binti A. Wahab, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), USM; Prof. Dr. Zainovia binti Lockman, Pengarah Pejabat Pengurusan & Kreativiti Penyelidikan (RCMO); Sekretariat RMCO, USM; serta pegawai-pegawai daripada BDP, KPT. 

  • Last updated on .
  • Hits: 616
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Saturday 13 December 2025, 00:02:22.

sirim-logo