Sesi Libat Urus Pekeliling SSPA Bersama Warga KPT

Sesi Libat Urus Pekeliling SSPA Bersama Warga KPT
English translation not available for this content.

Sesi Libat Urus (SLU) Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bersama warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan di Dewan Za’ba, KPT semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md. Amir.

Seramai 500 warga KPT daripada Ibu Pejabat/ Jabatan/ Agensi/ Universiti Awam/ Hospital Pengajar, Politeknik dan Kolej Komuniti telah hadir secara fizikal dan lebih 10,000 orang telah mengikuti SLU SSPA KPT ini secara atas talian.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada warga KPT mengenai pelaksanaan SSPA dan kaedah tawaran opsyen SSPA kepada penjawat awam khususnya bagi warga KPT.

Sesi SLU ini telah disampaikan oleh Delivery Management Unit (DMU) SSPA, Bahagian Penyelidikan, Perancangan & Dasar, serta wakil dari Bahagian Perkhidmatan, Bahagian Perjawatan & Organisasi dan Bahagian Gaji & Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPT 

  • Last updated on .
  • Hits: 1964
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 17 February 2025, 02:50:23.

sirim-logo