Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Negara semalam.
Dalam pertemuan tersebut, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah diberi taklimat berkenaan perkembangan terkini sektor pendidikan tinggi negara oleh YB Menteri.
- Last updated on .
- Hits: 2090