Senior Academic Leadership Development Programme

Senior Academic Leadership Development Programme
English translation not available for this content.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato Seri Ir. Dr. Zaini Ujang merangkap Presiden Harvard Business School Alumni Club of Malaysia (HBSACM) telah menyempurnakan Senior Academic Leadership Development Programme (SALDP) di sini pagi tadi.

Program ini merupakan ilham YBhg. Dato’ Sri KSU sendiri dan telah dilaksanakan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama HBSACM dan Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK).

Seramai 97 orang peserta terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dari pelbagai Jabatan, Agensi dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) hadir ke program ini.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan perkembangan terkini dalam pembelajaran berasaskan pengalaman menggunakan kaedah kes, mengintegrasikan kes ke dalam kursus akademik konvensional, menunjukkan amalan terbaik dalam pengajaran mengikut kes, memberikan panduan kepada peserta untuk menulis kes dan mendokumentasikan pengalaman untuk disesuaikan dengan pembelajaran.

Dalam pada itu, program selama dua (2) hari ini juga menampilkan dua (2) penceramah yang berpengalaman, Mantan Penulis Kes dan Penyelidik di Harvard Business School, Prof. Habib Rahman dan Profesor di Framingham State University, Amerika Syarikat, Dr. Sandra Rahman.

Hadir sama, Pengarah AKEPT, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon. 

  • Last updated on .
  • Hits: 334
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 13 February 2025, 07:17:37.

sirim-logo