Semarak Siswa Madani Sabah: KPT Santuni Calon Pelajar Dan Komuniti

Semarak Siswa Madani Sabah: KPT Santuni Calon Pelajar Dan Komuniti
English translation not available for this content.

Program Semarak Siswa Madani (SSM) yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tanggal 20 Jun lalu merupakan usaha kementerian melorongkan para pelajar serta Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk berbakti kepada komuniti dengan menawarkan empat (4) komponen pelaksanaan iaitu KPT Prihatin Madani, Student for Society (S4S), Knowledge Transfer Program @ Komuniti, dan TVET @ Komuniti Madani.

Pagi tadi, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah melancarkan program tersebut di SMK Pekan II, Kota Belud yang telah diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk masyarakat terutamanya pelajar lepasan sekolah di sini.

Untuk edisi Sabah, program ini akan menjelajah ke beberapa daerah-daerah antaranya Papar, Tenom, Keningau, Penampang, Putatan, Sepanggar, Sandakan sebelum menutup kembara di Lahad Datu pada 20 Julai nanti.

Sepanjang lima (5) hari kembara tersebut, SSM akan turun padang bagi memahami denyut nadi serta menghulurkan bantuan kepada ahli komuniti yang memerlukan sambil mengeratkan jalinan kerjasama antara mahasiswa, IPTA, agensi dengan masyarakat.

Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC), Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menggembleng usaha menjayakan Program Semarak Siswa Madani Sabah dengan menganjurkan aktiviti seperti sesi perkongsian dan konsultasi, program khidmat bakti, pemeriksaaan kesihatan serta penyampaian bakul rahmah.

YB Timbalan Menteri dalam ucapannya berharap agar Program Semarak Siswa Madani Sabah dapat memberikan impak positif kepada semua pelajar, golongan B40 dan rentan di sini.

Pada majlis tersebut, beliau telah menyampaikan surat tawaran kemasukan ke IPTA kepada lima (5) orang calon pelajar di situ sebelum mengunjungi dua (2) orang pelajar lain di rumah masing-masing bagi aktiviti yang sama.

  • Last updated on .
  • Hits: 2138
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 May 2024, 17:03:21.