Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin di sekitar Kota Samarahan

English translation not available for this content.

Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin hari ini telah dilaksanakan bagi menyantuni beberapa orang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang tinggal di sekitar Kota Semarahan.

Program ini dilaksanakan untuk memperkasa kebajikan dan memupuk semangat kesukarelawan yang tinggi di kalangan warga IPT.

Ianya mensasarkan kepada warga di IPT dan KPT yang memerlukan seperti golongan B40, OKU, orang asli dan mereka yang ditimpa musibah.

YB Menteri Pengajian Tinggi telah menyerahkan bantuan pelan data, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Sijil Simpanan Premium BSN kepada para pelajar tersebut.

Pihak UNIMAS juga turut menyampaikan pelbagai sumbangan lain berupa bakul kasih, pelan data dan komputer riba bagi meringankan beban mereka dan juga meningkatkan motivasi untuk terus berjaya dalam pengajian masing-masing.

  • Last updated on .
  • Hits: 5798
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 09 April 2024, 09:42:49.