Program Pengukuhan Pelan Tindakan Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2024 Wahana Terjemah Aspirasi YB Menteri

Program Pengukuhan Pelan Tindakan Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2024 Wahana Terjemah Aspirasi YB Menteri
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang menganjurkan Program Pengukuhan Pelan Tindakan Landasan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2024 yang berlangsung selama dua (2) hari di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di sini bermula hari ini.

Program yang mengumpulkan para pengurusan tertinggi KPT, Jabatan, Agensi dan Institusi Pendidikan TInggi (IPT) Awam dari pelusuk negara tersebut adalah sebagai satu wahana bagi mereka berdiskusi dalam memahami serta menterjemah aspirasi YB Menteri.

YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada 12 Januari lalu telah mengumumkan bahawa KPT akan memberi penekanan kepada lima fokus utama meliputi 20 landasan hala tuju yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini, ke arah peningkatan prestasi kecemerlangan pendidikan tinggi.

Dalam ucapan alu-aluannya kepada para peserta program pagi tadi, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT yang sedang menjalankan fungsi Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian berkata, "dengan adanya 'common understanding' ini, kita dapat bergerak sederap sebagai satu pasukan bagi merangka strategi, program dan inisiatif bagi menyokong pencapaian matlamat yang telah kita persetujui bersama".

Turut serta merungkai aspirasi YB Menteri ialah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, UKM (MINDA- UKM), Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dan Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Dr. Abdul Razak Ahmad.

Besok, dapatan daripada diskusi dan percambahan minda program ini akan dibentangkan kepada YB Menteri dan setiap perancangan yang bakal dipersetujui kelak bakal dilaksanakan dengan langkah segera sambil membudayakan kerja berpasukan dalam kalangan organisasi KPT. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1552
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.