Program Library2u Galak Warga KPT Untuk Membaca

Program Library2u Galak Warga KPT Untuk Membaca
English translation not available for this content.

YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah berpeluang meninjau pelaksanaan Program Library2U yang diterajui oleh Pusat Sumber KPT di pejabatnya hari ini.

Program Library 2u adalah salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Pusat Sumber KPT untuk membawa Pusat Sumber terus kepada pengguna.
Objektif program ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan Pusat Sumber KPT kepada warga KPT dengan membawa troli bahan bacaan ke Bahagian-Bahagian.

Antara aktiviti yang diadakan :
-Pinjaman buku
-Pemulangan buku
-Promosi ahli Pusat Sumber
-Promosi u-Pustaka dan pendaftaran ahli.

  • Last updated on .
  • Hits: 2085
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 21 May 2024, 15:10:04.